بسم الله الرحمن الرحيم


Thursday, July 2, 2009

KALAU LEMBU PANDAI BERCAKAP

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya.

Lembu. Aku makan rumput. tuan makan apa?

Lelaki. Aku makan nasi. kita tak sama.

Lembu: tuan tidur di mana?

Lelaki. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba-tiba kedengaran azan.

Lembu: itu suara apa?

Lelaki: Seruan azan mengajak bersembahyang.

Lembu: tuan tak sembahyang?

Lelaki: tidak.

Lembu: samalah kita.

Lelaki: ????????????

Wednesday, June 3, 2009

INTEAM - ALLAHURABBI


Redha
Album : Allahu Rabbi
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia. terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S
Susunan muzik: Along Exist

ada 10 lagi dalam album ni. yg paling hamba suka kepastian dan redha..

>>>lagi satu album dat make me fall in love. Lagu yang dikentengahkan memberi nasihat2 yang amat berfaedah. ambil pengajaran dan hayati sedalamnya...

HANYUT >>> UNIC (Album Langkah Tercipta)


Hanyut -unic-

Cipta dari segumpal darah,
jelma seraut wajah,
rahsia agungnya kudrat Tuhan.

Dan dihembuskan nyawa,
diikatkan janji,
tunduk hanya kepadaNYA.

*Namun hakikatnya hidup sarat pesona dusta,
dugaan tuk menguji kehambaan,
tiada tempat berlindung dari fitnah dunia,
selain perlindunganNYA.

Berkurun terukir sejarah alpa,
manusia dihanyut indah yang fana,
terlupa pada fitrah wujudnya,
hanya ditaraf hamba.

Tenggelam pada bisikan dunia,
tak sedar langkah mudik ke sengsara,
tergoda pada hasut sengketa,
rebut fatamorgana.

repeat (*)

Telah disuluhkan laluan,
diberi segala pedoman,
seiring akal dan fikiran,
mengapa kehilangan.

Telah tertulis pengakhiran,
pada selembar takdir insan,
jiwan yang penuh penyerahan,
Itu yang dijanji syurga.

repeat (*)
rebut fatamorgana 3x

>>i like diz one..eh,nope! i like all of songs in this album!!hee~~love..love..love...i dun care..(",)

STADIUM RUNTUH DI TERENGGANU!

TERKEJUT betul hamba bila mendengar berita STadium runtuh di negeri tempat hamba membesar ni. Pelbagai persepsi yang timbul hasil daripada keruntuhan yang berlaku.. untuk lihat selanjutnya anda boleh klik ke Cina Islam.


Di antara gambar stadium runtuh.


>>>ah...ha..xtau..~~


Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day!


Today is Teacher's Day and I wish to all teachers that had teach me before,now and future, may Allah bless you and Yubarik alaikum..

Especially for teachers from my previous school since in kindergarten and until now;
  • Sek Tadika Kemas Kg Kubang Palas, (1993)
  • Sek Keb Kuala Telemong (1994-1997)
  • Sek Keb Tengkawang (1998)
  • SMK Bandar Tenggara (1999)
  • SMK Agama Bandar Penawar (1999-2000)
  • SMK Agama Kuala Selangor (2001-2003)
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah (2004-2005)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (2006-2o10)
and also to my parents who are also my teachers in school and home. Love u very much, hope u will pray for my success fid dunya wal-akhirah..

>>can i be a teacher too??huhu..



Aktiviti selepas tamat final exam ke 6

Tamat je exam aritu, ada lah beberapa program yang dirancang untk mengisi masa yang ada. Antaranya jamuan Journalist UsimToday, jalan2 g air terjun Sg Gabai dan program Team Building MPP di Kem Lambaian Danau, Jasin.

Memang seronok dapat menghabiskan masa2 yg tinggal bersama kwn2 sebelum semuanya pulang ke kampung untuk cuti semester.



Jamuan Journalist @ newsroom - usimtoday


Bersantai di Air Terjun Sg Gabai

Main lumpur -Team Building MPP di Kem Lambaian Danau Jasin,Melaka.

Nak balik dah..

anywAy, thanks to all

>>gunakan masa muda dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau dah tua nanti tak larat dh..

Thursday, May 7, 2009

Tamat Sudah...

Akhirnya, tamat sudah sem 6 tapi masih ade lagi 2 sem lah..huhu..

Thursday, April 9, 2009

TENSION!!!!!!!!!

Hari ni aku balik kampung. tiba2 je decide tengahari tadi.kul 12 tadi rs nk blk. kul 1.45 pm dah sampai. mungkin sebab terlalu tensen dengan assignment dan tertekan dengan exam yang memang berat minggu depan.

Balik tadi naik motor. Sebelum ni dah nekad x nak balik kampung naik motor sebab banyak sangat accident berlaku kat sekeliling aku kebelakangan ni. Takut la jugak. Tapi disebabkan perasaan yang tertekan ini membuatkan aku nak jugak balik rumah naik motor je. Biar cepat sikit sampai umah tu.

Kenapa lah bagi banyak sangat assignment ye??Kalau kredit xbyk x ape lah. Ini tidak.. dari sem 1 sampai lah sem 6 ni, xpernah nak merasa jam kredit kurang dari 21. Warghhh......x SUKE!! Lagi 1 sem nak belajar ni. 1 sem lagi kena praktikal. Tahan sikit sebab xde asgmt wpun ade keje yg lain menanti.

aku rasa ni memang time aku yg plg tensen sekali. selalunya sebelum study week aku dah tensen dulu. tapi sem ni, time study week lak ak tensen. Pastu lagi satu penyakit aku time exam ialah BATUK. entah kenapa dari kecik sampai besar ni la, asalkan nak exam je batuk, asalkan exam je batuk. asalkan batuk je exam..huhuhu...

>>>Apa perlu buat???

Monday, April 6, 2009

Exam for 6th semester

السلام عليكم

Tidak lama lagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) akan menduduki peperiksaan, begitu juga dengan IPT2 lain yang sewaktu dengannya. Tapi hamba masih ada satu tahun lagi nak grad. kawan2 hamba ramai yg akan grad tahun ni dan ini bermakna exam kali ini adalah paper terakhir mereka.Waa.. jelesnye.!. tapi tak pe.

Di sini hamba nak tunjuk jadual exam hamba untuk semester6 ini.

13 APRIL>>بلاغة تطبيقي
14 APRIL>>PEMBERITAAN DAN PENULISAN RENCANA
15 APRIL>> MULTIMEDIA KEWARTAWANAN
17 APRIL>> مهارات الترجمة
20 APRIL>> اللغة العربية المهنية والتكنولوجية
22 APRIL>> اللغة العربية الاجتماعية والصحية
4MAY>> PENERBITAN DAN KEWARTAWANAN MEDIA

Sem ni ada 7 paper yg hamba akan lalui. Huh..dah la rapat2 time minggu pertama tu. bila paper last, gap sampai 11hari. apa2 je lah. Doakan kejayaan untuk kita semua.

اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين

>>Alamak! lupa nak isi e-nilai lah.huhu..

Melawat ke Sekolah Antarbangsa Libya di KL

Hamba berasa bertuah kerana berpeluang melawat ke sekolah yang kesemua pelajarnya petah bertutur dalam Bahasa Arab. Ini tidak menghairankan kerana mereka adalah berbangsa daripada keturunan itu. Kami seramai 46orang dibahagi kpd 3sekolah iaitu sekolah Iraq, Arab Saudi dan LIbya.

Setibanya kami disekolah tersebut, kami dijamu dgn makanan mereka yang dinamakan dengan basbusah. Mcm kek tp lain sket, lembap2, rasanya manis sangat sbb diletak madu(العسل) di dalam ramuannya. Memang sedap... yummm...

Sekolah yang hamba lawat bersama sahabat2 fakulti menggunakan bahasa 'ammi bukannya fushah seperti yang kami belajar di sekolah dan universiti. Ianya berlainan sedikit dengan apa yg kami belajar. Tetapi ia tidak menjadi penghalang bagi kami untuk memahami bahasa dan budaya mereka di kelas@sekolah.

Ketika di dalam kelas

Pelajar2 sekolah Libya ini terdiri daripada pelajar Tadika hingga peringkat tinggi. Kalau mcm kita,dr tadika hingga menengah atas lah. tapi sistem pendidikan mereka berlainan sedikit. Orang2 arab ni memang aktif ketika di dalam kelas. Seronok sangat melihat cara mereka belajar.

Walaupun masih kecil, mereka begitu peramah dengan kami semua. Mana2 perkataan yang kami tidak faham, kanak-kanak ini tidak lokek untuk memberitahu maksud setiap perkataan yang dituturkan lebih2 lagi apabila mereka mengeluarkan bahasa 'ammi mereka.

Hamba bersama cikgu&Murid2 Sekolah Libya

Harapan hamba supaya dapat pergi lagi sekali ke sekolah ini. terima kasih tidak terhingga kepada Dr.Ayad. Kami tau Dr sayangkn kami dan kami pun sayangkan Dr!!!

>>Kalau dapat hantar anak kat sini pn best gak. Hehe...