بسم الله الرحمن الرحيم


Friday, January 30, 2009

oh...assignment...

ingatkan cuti2 boleh la rehatkan otak dan badan. tapi assignment banyak yang menanti. Walaupun begitu aku tetap merehatkan diri sampai terlupa nak siapkab assignment yang berlambak itu. yang lain boleh catch up lagi, tp yang paling parah ilmu Balaghah lah. adui la... esok lusa dah kena balik kampus.huhu..

*tu la padan muka! Siapa suruh rehat2 sangat!!kn dah kena (",)

Balik Kampung


Rumah nenek di Sabak Bernam, Selangor.

Rabiatul Adawiyah dan Tingkat Ibadah





Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:


Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.


“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.


“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.


“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.


Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:


“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”


Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”



“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”


Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.


Moral of the story: Let’s do a reality check on ourselves, me and you. Dalam kisah di atas, kita dapat extract tiga tahap keimanan :


1.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
2.Menyembah Allah kerana takutkan api neraka dan inginkan syurga.
3. Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka. (tahap pertama dan kedua adalah jelek dan buruk di mata Rabiah)


Sekarang check diri kita. Di mana iman kita berada? Adakah tahap pertama atau tahap kedua? Ramai yang sekurang-kurangnya akan meletakkan dirinya dalam tahap yang pertama. Ada juga yang mengatakan dirinya tidak mencapai tahap pertama sekalipun.


Adakah kita tergolong dalam golongan ini?:


1.Sangat jauh dari Allah. Golongan ini bukan sahaja mengabaikan suruhan Allah, malah melakukan maksiat dan mempertikaikan dan menentang suruhan Allah. Nauzubillah.

2.Bermain-main dengan Allah. Golongan ini kadang-kadang solat, kadang-kadang tidak. Ikut mood. Senang cerita orang yang malas.

3. Beribadah yang tidak memberi kesan. Golongan ini tidak meninggalkan suruhan tetapi masih melakukan maksiat. Bukankah solat itu, mencegah perkara yang keji dan mungkar?
4.Beribadah bukan kerana Allah. Golongan ini melakukan banyak suruhan Allah dan melakukan nahi mungkar tetapi tidak ikhlas. Sebaliknya ingin mendapatkan penghormatan daripada masyarakat, kononnya dialah ustaz, dialah yang paling alim dan semua orang kena ikut cakap dia.


Adakah anda tergolong dalam mana-mana golongan ini? Saya tidak tahu dan jangan beritahu saya. Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.


Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami. Pertama kali saya membaca kisahnya, pening kepala. Pergilah kekedai buku agama dan cuba cari buku yang menceritakan tentang Rabiatul Adawiyah. Itulah ‘chicken soup for the soul’ versi Islam.


Wallahu ’alam..
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)

Sumber: Tazkirah online, dipetik dari http://wannorzahidah.blogspot.com/

Monday, January 19, 2009

help me!!















Saya pelajar tahun 3, fakulti pengajian bahasa utama di usim. Kos, S.M. Bahasa Arab dan Komunikasi dgn Kepujian.
Apa agaknya tajuk tesis yang sesuai utk aku buat yer? puas aku berfikir tp xtau jg ape jawapannya. byk sbnrnya yang terfikir tapi xtau seswai ke idak. sahabat2 kt sana ada idea x?
mumet ndase...






Tuesday, January 13, 2009

Demonstrasi Aman Palestin di USIM

Setelah beberapa lama tidak menerjah blog ku yang sedia ada ini, buat kali pertama dalam tahun 2009 ni, saya memberi ruang kepada diri ini untukkembali mencoret blog ku yg x seberapa ini.

Hari ini dalam sejarah, apabila USIM pertama kalinya mengadakan rapat umum sempena membantah di atas kekejaman tentera zionis terhadap Palestin.













Pelajar bersemangat mendengar ucapan daripada Dato Naib Canselor, Dato Shukor.


Sudah lama, kami menunggu peluang sebegini untuk berdemonstrasi menentang kejahatan Palestin seperti yg telah dilakukan di kebanyakan tempat. Selain daripada berdoa dan bermunajat kepda Allah, tunjukkan rasa jihad dengan laungan gema takbir ke seluruh pelusuk alam. Biar gentar jiwa dan raga kaum kuffar melihatkan semangat pejuangan umat Islam yang tidak akan padam sampai bila2 pn. Selain itu, marilah kita sama2 memboikot barang2 Israel dan sekutu2nya yg byk menyumbang kepada pembunuhan umat Islam di Palestin.

Ya Allah, bantulah saudara-saudara kami para mujahidin di Iraq dan di semua tempat.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
Ya Allah, bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
Ya Allah, berilah mereka (cara membuat) makar untuk menghadapi musuh-musuhnya dan janganlah Engkau memberi makar kepada mereka.
Ya Allah, tepatkanlah bidikan mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
Ya Allah, satukanlah barisan mereka dan
kumpulkanlah segala untuk mereka.
Ya Allah, jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
Ya Allah, tolonglah kaum muslimin yang terdhalimi di Iraq dan semua tempat.
Ya Allah, tolonglah mereka (kaum muslimin) dan perbaikilah hubungan mereka.
Ya Allah, binasakanlah Amaerika dan sekutunya yang zalim, goncangkanlah dan hancurkan mereka.
Ya Allah, cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kedudukani yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
Ya Allah, lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka