بسم الله الرحمن الرحيم


Thursday, April 9, 2009

TENSION!!!!!!!!!

Hari ni aku balik kampung. tiba2 je decide tengahari tadi.kul 12 tadi rs nk blk. kul 1.45 pm dah sampai. mungkin sebab terlalu tensen dengan assignment dan tertekan dengan exam yang memang berat minggu depan.

Balik tadi naik motor. Sebelum ni dah nekad x nak balik kampung naik motor sebab banyak sangat accident berlaku kat sekeliling aku kebelakangan ni. Takut la jugak. Tapi disebabkan perasaan yang tertekan ini membuatkan aku nak jugak balik rumah naik motor je. Biar cepat sikit sampai umah tu.

Kenapa lah bagi banyak sangat assignment ye??Kalau kredit xbyk x ape lah. Ini tidak.. dari sem 1 sampai lah sem 6 ni, xpernah nak merasa jam kredit kurang dari 21. Warghhh......x SUKE!! Lagi 1 sem nak belajar ni. 1 sem lagi kena praktikal. Tahan sikit sebab xde asgmt wpun ade keje yg lain menanti.

aku rasa ni memang time aku yg plg tensen sekali. selalunya sebelum study week aku dah tensen dulu. tapi sem ni, time study week lak ak tensen. Pastu lagi satu penyakit aku time exam ialah BATUK. entah kenapa dari kecik sampai besar ni la, asalkan nak exam je batuk, asalkan exam je batuk. asalkan batuk je exam..huhuhu...

>>>Apa perlu buat???

Monday, April 6, 2009

Exam for 6th semester

السلام عليكم

Tidak lama lagi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) akan menduduki peperiksaan, begitu juga dengan IPT2 lain yang sewaktu dengannya. Tapi hamba masih ada satu tahun lagi nak grad. kawan2 hamba ramai yg akan grad tahun ni dan ini bermakna exam kali ini adalah paper terakhir mereka.Waa.. jelesnye.!. tapi tak pe.

Di sini hamba nak tunjuk jadual exam hamba untuk semester6 ini.

13 APRIL>>بلاغة تطبيقي
14 APRIL>>PEMBERITAAN DAN PENULISAN RENCANA
15 APRIL>> MULTIMEDIA KEWARTAWANAN
17 APRIL>> مهارات الترجمة
20 APRIL>> اللغة العربية المهنية والتكنولوجية
22 APRIL>> اللغة العربية الاجتماعية والصحية
4MAY>> PENERBITAN DAN KEWARTAWANAN MEDIA

Sem ni ada 7 paper yg hamba akan lalui. Huh..dah la rapat2 time minggu pertama tu. bila paper last, gap sampai 11hari. apa2 je lah. Doakan kejayaan untuk kita semua.

اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين

>>Alamak! lupa nak isi e-nilai lah.huhu..

Melawat ke Sekolah Antarbangsa Libya di KL

Hamba berasa bertuah kerana berpeluang melawat ke sekolah yang kesemua pelajarnya petah bertutur dalam Bahasa Arab. Ini tidak menghairankan kerana mereka adalah berbangsa daripada keturunan itu. Kami seramai 46orang dibahagi kpd 3sekolah iaitu sekolah Iraq, Arab Saudi dan LIbya.

Setibanya kami disekolah tersebut, kami dijamu dgn makanan mereka yang dinamakan dengan basbusah. Mcm kek tp lain sket, lembap2, rasanya manis sangat sbb diletak madu(العسل) di dalam ramuannya. Memang sedap... yummm...

Sekolah yang hamba lawat bersama sahabat2 fakulti menggunakan bahasa 'ammi bukannya fushah seperti yang kami belajar di sekolah dan universiti. Ianya berlainan sedikit dengan apa yg kami belajar. Tetapi ia tidak menjadi penghalang bagi kami untuk memahami bahasa dan budaya mereka di kelas@sekolah.

Ketika di dalam kelas

Pelajar2 sekolah Libya ini terdiri daripada pelajar Tadika hingga peringkat tinggi. Kalau mcm kita,dr tadika hingga menengah atas lah. tapi sistem pendidikan mereka berlainan sedikit. Orang2 arab ni memang aktif ketika di dalam kelas. Seronok sangat melihat cara mereka belajar.

Walaupun masih kecil, mereka begitu peramah dengan kami semua. Mana2 perkataan yang kami tidak faham, kanak-kanak ini tidak lokek untuk memberitahu maksud setiap perkataan yang dituturkan lebih2 lagi apabila mereka mengeluarkan bahasa 'ammi mereka.

Hamba bersama cikgu&Murid2 Sekolah Libya

Harapan hamba supaya dapat pergi lagi sekali ke sekolah ini. terima kasih tidak terhingga kepada Dr.Ayad. Kami tau Dr sayangkn kami dan kami pun sayangkan Dr!!!

>>Kalau dapat hantar anak kat sini pn best gak. Hehe...

Friday, April 3, 2009

Next Entry...

untuk entri seterusnya hamba nak menceritakan pengalaman di sekolah antarabangsa Libya di KL.

Thursday, April 2, 2009

EKSPLORASI BAHASA

PORT DICKSON- Seramai 44 orang pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama tahun tiga telah mengikuti eksplorasi bahasa anjuran Nadi Thaqafah FPBU. Program yang dinamakan Mughamarah Lughawiyah itu diadakan selama 2 hari pada 28&29 Mac yang lepas.

Apa yang menarik tentang eksplorasi ini, adalah bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab pada setiap check-point dan setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang disediakan dalam 10 minit.

Antara halangan yang mereka tempuhi adalah تمثيل (lakonan), امتحان موجز (kuiz), وصف المنظر(ceritakan ttg pemandangan) dan بلاغة (segmen Balaghah).


BARISAN FASILITATOR

PELAJAR FPBU THN3

Semua yg pergi adalah pelajar tahun3. Harap2 dpt pergi tempat lain plak lepas nie. hehe :D

Tuesday, February 17, 2009

Sambutan Hari Kekasih Salah Disisi Islam

Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.


Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : ‘Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.’ Surah al-Ghaafir: 39

Boikot Barangan Israel dan Amerika

Oleh: Nurzainatul Hajar & Rabiatul Adawiyah

NILAI – Warga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) digesa untuk bersama-sama memboikot barangan Israel dan sekutunya Amerika Syarikat dalam usaha membela nasib rakyat Palestin yang menderita di Gaza.

Menurut kakitangan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Suhana Baharudin, 29, usaha memboikot barangan ini boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat walaupun sukar.

“Pada awalnya agak susah bagi saya melakukannya, tetapi saya berusaha memboikot satu persatu barangan Israel dan Amerika. Contohnya, saya seorang penggemar Milo tetapi saya mengambil inisiatif menggantikannya dengan Vico,” katanya.

Bagaimanapun, pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Haliza A.Shukor, 28, sedih melihat ramai pelajar USIM yang tidak menyokong usaha ini sepenuhnya.

“Walaupun banyak kempen memboikot barangan Israel dilakukan di merata tempat, tetapi masih ada segelintir pelajar USIM yang tidak mempedulikan kempen tersebut”.

“Saya berasa kecewa kerana terdapat pelajar USIM yang tidak sensitif dengan isu ini sedangkan mereka tahu apa yang berlaku sekarang,”ujarnya ketika ditemui.

Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar USIM, Muhammad Alif Ismail, 24, memberitahu bahawa usaha memboikot ini perlu dilakukan sejak dahulu lagi bukan hanya setelah berlakunya peperangan di Palestin.

“Sepatutnya kita sebagai pelajar Islam perlu sedar dan bertindak dengan lebih awal lagi bagi membantu mengatasi kekejaman yang berlaku”.

“Walaupun bukan seratus peratus rakyat Malaysia yang beragama Islam mampu memboikot barangan Israel dan Amerika, tetapi sekurang-kurangnya kita mampu memberi tekanan pada mereka dari segi ekonomi,” katanya.





*Berita ini adalah sebahagian daripada USIMTODAY 5th Edition yang ditulis oleh penulis dan rakan. Semoga mendapat manfaat daripadanya.

Monday, February 16, 2009

Fusion Development menangi RM1000

Oleh : Rabiatul Adawiyah & Noor Syazwani

NILAI - Tiga pelajar tahun akhir Kursus Pengajian Quran dan Multimedia berjaya menjuarai Pertandingan Reka Cipta Multimedia anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) melalui hasil kerja mereka iaitu ‘Waktu Solat’. Pertandingan bermula 10 hingga
23 Januari 2009 bertemakan
‘Quran dan Sunnah dalam Multimedia’.

Mohd Syafiq Abu Hanipah, 24, Nor Azmi Jama Rusly, 23, dan Khairul Hazwani Ahmad Tabrani,23 yang menamakan kumpulan mereka “Fusion Development” berjaya memenangi hadiah RM1000 dan menewaskan 24 penyertaan lain dari tiga fakulti berlainan.

Ketua kumpulan tersebut, Mohd Syafiq Abu Hanipah,24 berkata, beliau berasa amat gembira dengan hasil usaha kerja mereka.

“Walaupun terikat dengan jadual dan komitmen masing-masing, kami berjaya menghasilkan satu produk multimedia. Proses menyediakannya amat rumit kerana melibatkan animasi dan interaktif,” katanya.

Pengarah Pusat Pembangunan Ilmu dan Teknologi Maklumat (PPITM), Dr Kamaruddin Saadan berkata, pertandingan ini bukan sahaja mampu mencungkil bakat-bakat baru dalam menghasilkan produk aplikasi pembelajaran dengan multimedia malah memberi kesedaran akan kepentingan media khususnya dalam perkembangan Islam.

“Kebanyakan aplikasi media kini tertumpu pada kartun dan hiburan. Mungkin pertandingan akan datang, pelajar boleh menghasilkan permainan komputer yang mempunyai unsur-unsur Islam,” kata beliau dalam ucapannya.

Pengarah Pertandingan Reka Cipta Multimedia, Rabiatul Adawiyah Amat @ Ahmad berkata, pertandingan ini dapat melatih para pelajar menguasai kedua-dua bidang Quran dan Multimedia secara bersepadu.

“Jika di dalam kelas pelajar hanya belajar teori sahaja, akan tetapi dengan menyertai pertandingan ini mereka dapat mempraktikkan ilmu tambahan selain dari latihan dalam bilik kuliah, tutorial dan makmal,” ujarnya.



*sebenarnya ini adalah sebahagian berita yang ditulis sendiri oleh penulis dan rakan untuk USIMTODAY 5th Edition.

SPONGEBOB DIJUMPAI DI MALAYSIA

Ana nak kongsi emel yang sahabat ana forward ni;


2-3 hari yg lepas, sedang aku bersiar2 di ibukota, betapa terkejutnya aku bila aku dgn tidak sengaja berjaya menemui watak kartun feveret aku sedang elok2 aje lepak cuti2 Malaysia .. Kerana kasihankan beliau, aku tak mahu la mengganggu beliau yg sedang enak2 aje merehatkan diri beliau selepas penat shooting musim terbaru Spongebob Squarepants..


kesian die penat br habis shooting... (",)